Tuesday, May 26, 2009

KEYAKINAN PERLU KEPADA BUKTI

KESAH NABI MUSA A.S.

Nabi Musa pernah memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah. Allah s.w.t. merakamkan peristiwa tersebut dalam surah al-A'raf ayat 143.





143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
.
Nabi Musa Ingin Melihat Wajah Allah
.
Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah dan permohonan tersebut tidak diperkenankan oleh Allah. nabi Ibrahim juga memohon kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah s.w.t. menghidupkan benda mati. Permohonan nabi Ibrahim a.s. pula diperkenankan oleh Allah s.w.t. Pengajaran dari dua kesah ini ialah:
1. Manusia ingin melihat bukti.
2. Ada perkara yang tidak boleh dibktikan dengan akal dan perkara yang boleh dibuktikan dengan akal dan pancaindera.
.
Kesah Isra dan Mi'raj
Satu contoh tentang keinginan manusia hendak melihat bukti ialah kedah bagaimana orang-orang Qurais meminta Nabi Muhammad s.a.w. membuktikan bahawa Nabi telah pergi ke Masji al-Aqsa. Mereka (orang-orang Quraish meminta nabi menjawab soalan-soalan mereka tentang masjid al-Aqsa. Pada masa itu Allah s.w.t. membantu nabi dengan memperlihatkan kepada Nabi masji al-Aqsa sehingga nabi boleh menjawab semua soalan orang-orang Quraish sehingga menyebabkan mereka kagum dan pelik bagaimana Nabi dapat menjawab soalan mereka.Ini menyebabkan mereka kembali beriman kepada nabi. Berlainan pula dengan Abu Bakr r.a. yang menyatakan bahawa dia percaya apa yang disebutkan oleh nabi kerana nabi tidak pernah berbohong! Abu Jahal telah datang kepada Saidina Abu Bakar dengan membawa berita tersebut dan memperolok-olokkkan berita tersebut lalu Saidina Abu Bakar berkata"kalau ia keluar dari Mulut Muhammad (s.a.w.) bukan itu, bahkan lebih dari itu aku percaya" . Saidina Abu bakar digelar al-Siddiq kerana Saidina Abu Bakar mempercayai peristiwa trsebut.